followers

busuk.org

Sabtu, 9 Jun 2012

Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara


As'salam..

Lama jugak rasanya gua x join segmen/giveaway

hari ni tetiba plak tbuka hati nak join
so,dengan rasminya gua join
'Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara'

korang meh la skali join..
banyak hadiah ditawarkan..haha

kalau nak join, sila klik


gua tag 5 orang yang bertuah 


Tarikh tutup: 31 Julai 2012


Vokalis Kumpulan D'LLoyd Meninggal Dunia


As'salam

Sam ketika terlantar sakit di hospital

Khabar dari seberang mengatakan, Vokalis kumpulan D'LLoyd, Syamsuar Hasyim telah meninggal dunia di Jakarta hari ini. Syamsuar atau Sam, 65,  yang terkenal bersama D'LLoyd dan popular sekitar tahun 70an itu meninggal dunia di Hospital Husada Utama, Jakarta pada pukul 7.15 pagi tadi akibat sesak nafas. berita kematian syam disahkan oleh anak saudaranya, Isfriansyah Putra yang kini berada di Malaysia untuk mengunjungi sanak saudaranya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah kakaknya di Kalibaru, Jakarta untuk urusan pengkebumian di Taman Pemakaman Umum Tanah Kusir, Jakarta selepas solat Asar hari ini.

Semoga roh allahyarham dicucuhri rahmat..
al-fatihah

Sumber: BH


Tanggung Hutang Selepas Kehilangan IC



Gara-gara kehilangan kad pengenalan 18 lalu, seorang operator kilang dibelenggu masalah dan kebingungan selepas dibebani 'hutang' sehingga RM250,000.

Mangsa, Nor Lela Nazri, 40, diburu beberapa Bank tempatan kerana dikatakan telah membuat empat pinjaman perumahan serta empat kad kredit yang kesemuanya berjumlah RM250,000. bagaimanapun dipercayai kesemua pinjaman itu dilakukan oleh individu lain yang menggunakan kad pengenalannya.

Dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas menerima surat mengenai tunggakan hutang kad kredit daripada sebuah bank berjumlah RM22,500 pada tahun 2004. dia kemudiannya membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Pada mulanya beliau menyangka perkara itu sudah selesai, namun sekali lagi beliau dikejutkan dengan surat daripada bank lain yang menyatakan beliau mempunyai satu pinjaman perumahan berjumlah RM80,705 pada 29 Jun 2006.

Bimbang masalah tersebut semakin serius, Noor Lela lantas mengajak suaminya, Mat Saad Karim, 41, pergi ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat aduan pada tahun 2009. 

Sumber: Kosmo


Fakta! alamat web berakhir dengan .my cecah 194,507

As'salam..

Mengikut statistik dari .my Domain Registry, bilangan nama domain yang berakhir dengan .my di internet sehingga 6 Jun lalu  ialah sebanyak 194,507. kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norsuzana Harun.
pada majlis sambutan ulang tahun Ke-25 .my.Domain Registry.

Daripada jumlah itu, 55,000 telah didaftarkan melalui projek 2U-School khas untuk pembangunan laman web sekolah melibatkan sekolah-sekolah di Johor dan Negeri Sembilan serta projek 1Nita yang disasarkan kepada usahawan wanita industri kecil dan sederhana.

.my Domain Registry adalah pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia.

Sumber: Kosmo



Lelaki Duda Mangsa Terbaru Penipuan Di Facebook


As'salam..

Seorang lagi mangsa penipuan di Facebook kerugian RM66,000 selepas terpedaya oleh kata-kata manis 'kekasihnya'. namun mangsa kali ini ialah seorang lelaki duda. lelaki tersebut menjalinkan hubungan dengan seorang wanita dikenali sebagai Myra Sayed di facebook sejak dua tahun lalu.

Pengurus di sebuah syarikat swasta itu, terjebak dalam jerat percintaan itu selepas dia termakan kata-kata Myra, 31, yang mendakwa akan pulang ke tanah air selepas sekian lama menetap di United Kingdom.

Sehubungan itu, suspek telah memintanya supaya mencarikan rumah untuk memudahkannya tinggal sebaik tiba di negara ini.

Untuk melicinkan penipuan itu, suspek memberitahu yang dia telah menghantar bungkusan mengandungi wang dan beberapa barangan berharga sebagai penghargaan kerana mangsa telah membantunya.

Sumber: Kosmo