followers

busuk.org

Sabtu, 9 Jun 2012

Tanggung Hutang Selepas Kehilangan IC



Gara-gara kehilangan kad pengenalan 18 lalu, seorang operator kilang dibelenggu masalah dan kebingungan selepas dibebani 'hutang' sehingga RM250,000.

Mangsa, Nor Lela Nazri, 40, diburu beberapa Bank tempatan kerana dikatakan telah membuat empat pinjaman perumahan serta empat kad kredit yang kesemuanya berjumlah RM250,000. bagaimanapun dipercayai kesemua pinjaman itu dilakukan oleh individu lain yang menggunakan kad pengenalannya.

Dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas menerima surat mengenai tunggakan hutang kad kredit daripada sebuah bank berjumlah RM22,500 pada tahun 2004. dia kemudiannya membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Pada mulanya beliau menyangka perkara itu sudah selesai, namun sekali lagi beliau dikejutkan dengan surat daripada bank lain yang menyatakan beliau mempunyai satu pinjaman perumahan berjumlah RM80,705 pada 29 Jun 2006.

Bimbang masalah tersebut semakin serius, Noor Lela lantas mengajak suaminya, Mat Saad Karim, 41, pergi ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat aduan pada tahun 2009. 

Sumber: Kosmo


Tiada ulasan: