followers

busuk.org

Jumaat, 27 April 2012

Serpihan tahi bintang ditemui di California



RENO, Amerika Syarikat (AS) - Dua batu kecil yang ditemui di kaki bukit Sierra, barat California merupakan serpihan daripada tahi bintang yang meletup pada minggu lalu, kata beberapa saintis semalam.
Letupan itu sekuat lima kiloton, satu pertiga lebih kuat daripada bom atom yang meletup di Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Kedua-dua batu itu ditemui oleh seorang pemburu tahi bintang, Robert Ward pada Selasa lalu.
Menurut pakar tahi bintang di Institut Geofizik dan Fizik Planet, Universiti California Los Angeles, Profesor John T. Wasson, berat setiap batu itu sekitar 10 gram.

Pakar-pakar berkata, saiz asal tahi bintang itu kemungkinan sebesar sebuah van kecil semasa ia memasuki atmosfera Bumi dengan mengeluarkan bunyi yang kuat pada awal Ahad lepas.
Pergerakan tahi bintang itu dapat dilihat di Sacramento, California sehingga ke Las Vegas dan sebahagian kawasan utara Nevada.

Menurut seorang pakar tahi bintang di Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Marshall, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, ia kemungkinan seberat 70,000 kilogram.
Beliau berkata, semasa tahi bintang itu berkecai, ia kemungkinan meletup dengan kekuatan lima kiloton. - 

Sumber&Kredit: Kosmo



Jebat Ke Labuan

As'salam



Hari ni gua nak ke pulau bebas cukai, wilayah persekutuan labuan.
hehehe saje nak lapangkan fikiran dan kebetulan plak kat sana 
sedang berlangsung Pesta Sukan Laut Antarabangsa Labuan

insya allah gua akan ambil seberapa banyak gambar dan akan buat liputan
 sepanjang pesta berlangsung..(macam wartawan la plak)

Perjalanan mungkin akan mengambil masa 4 ke 5 jam melalui darat dan air
maksudnya gua akan drive kereta ke terminal feri di menumbok yang akan mengambil 
masa lbh kurang 3 jam perjalanan dan bila sampai ke jeti , gua akan sambung naik feri
selama 2 jam..tapi kalau nak cepat pun boleh gak. kalau naik speed boat agak2 dalam masa
15 minit sampai kut tapi sendiri mo ingat arr hahaha...(x berani ambil risiko)

Oklah..gua nak packing baju dulu insya allah malam nanti kita berjumpa lagi hehe
doakan keselamatan gua..wasalam


Lagu ni banyak kenangan

As'salam


Gua tak tahu kenapa lagu ni selalu mengingatkan gua kat seseorang

sampai sekarang masih misteri..sedangkan sepatah haram gua tak reti maksud lagu ni haha..lawok.
tapi.......ada tapinya.. hmmmmmmmm takyah cakap la..agama jadi penghalang..cewah..

oklah enjoy :)


Gambar Lelaki Kahwini Dua Gadis Serentak


SAMARRA, Iraq - Seorang petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua wanita.

Namun, daripada memilih salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq.

Majlis perkahwinan Abdul Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22, berlangsung pada 6 April lalu.

Sumber: Kosmo

p/s boleh ke buat mcm ni? hehehe..

Tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km

As'salam


Dua pelancong Britain diperbodoh-bodohkan seorang pemandu teksi

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan semalam.

J. Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.

Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan Hotel Dorsett Regency di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas setelah membawa pelancong berkenaan dari KLCC.


Sumber: Kosmo

p/s cemarkan nama negara jer orang mcm ni....aduyai


Laluan sempit di Himalaya


As'salam


Gambar sebuah laluan sempit melintasi genting Zoijila pada ketinggian 3,510 di banjaran Himalaya.

Kelihatan beberapa buah kenderaan termasuk trak tentera yang sedang melaluinya.
Laluan ini terletak 108 kilometer dari utara bandar srinagar, wilayah kashmir yang ditadbir india.

seram gua tengok hehehe