followers

busuk.org

Khamis, 12 April 2012

Wang kertas siri baru mula diedar 16 Julai: Bank Negara


Wang kertas siri baru mula diedar 16 Julai: Bank Negara

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan bahawa wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata wang kertas siri baru itu yang bertemakan 'Keunikan Malaysia' terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

"Wang kertas RM50 dalam siri ini telahpun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran," kata BNM. 

Bank Negara berkata dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru ini, ia telah bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lepas, untuk memudahkan peralihan yang lancar.

"Beberapa sesi perbincangan dan interaksi dengan pihak berkepentingan berkenaan telah diadakan bagi memastikan ketersediaan sistem dan proses untuk edaran wang kertas baru," kata bank pusat itu.

Bank Negara menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai menjelang tarikh berkenaan. - BERNAMA

Kredit: Berita Harian

Ranking Malaysia Jatuh! Mana Silapnya?


Assalamualaikum...



Apa dah jadi dengan pasukan bola sepak kebangsaan kita?
tiba-tiba ranking jatuh merudum dan dianggap sebagai yang terburuk sejak januari lalu buat pasukan yang digelar Harimau Malaya ini. mana silapnya? silap pasukan kita ke atau kesilapan dari FIFA sendiri? mari kita kupas serba sedikit mengenai perkara ini..

Seperti yang kita maklum,Pasukan kebangsaan kita kini jarang mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa, kali terakhir menentang Filipina mac lalu, itupun tak tahulah gua samada FIFA iktiraf ke tak.
Menurut ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia kini menduduki ranking ke-156 dunia, sesuatu yang agak mengejutkan bagi kita semua.

Ranking terbaru itu juga menyaksikan kedudukan skuad Harimau Malaya lebih rendah berbanding Bangladesh (ke-152) dan Nepal (ke-149), yang dikenali tidak memiliki infrastruktur yang baik dalam sukan tersebut. Namun kemerosotan ranking Malaysia mungkin juga berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa. 



Cuma apa yang menimbulkan persoalan, walaupun naik 12 anak tangga, Bangladesh tidak terlibat dalam sebarang perlawanan kompetitif yang diiktiraf FIFA sepanjang bulan lalu.
Bukan sekadar Bangladesh dan Nepal yang memiliki ranking lebih baik berbanding Malaysia, beberapa negara yang kurang dikenali dalam dunia bola sepak seperti New Caledonia dan Samoa berada di atas Malaysia iaitu tempat ke-154 dan ke-155.

Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada pada tempat kelima. Walaupun berjaya memintas negara jiran, Singapura (ke-158) namun kita dipintas Filipina, yang naik ke tangga ke-148 ekoran berjaya mara ke separuh akhir Piala Cabaran AFC bulan lalu. Vietnam kekal sebagai negara terbaik di rantau ini dengan masih berada di kalangan 100 terbaik dunia iaitu di tempat ke-97 diikuti Thailand (141), Filipina dan Indonesia (151). Bagi benua Asia, Malaysia berada pada tempat ke-27 daripada 46 negara ketika Australia masih gah selaku pasukan nombor satu Asia.


Tetapi apa yang masih menjadi persoalan bagi gua, apa yang menyebabkan ranking Bangladesh dan Nepal
naik mengatasi pasukan kita? Samoa, negara yang dibelasah 32-0 oleh pasukan Australia pun mengatasi kita.
mana silapnya? Gua memang tak puas hati. tapi siapalah gua ni FIFA nak pandang dan jelaskan mengenai perkara ini dengan sejelas-jelasnya ye dak? haha...

Apapun gua harap pasukan kebangsaan kita lebih bersemangat selepas ini dan berupaya memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA. perbanyakkan lagi perlawanan-perlawanan persahabatan antarabangsa.
dan untuk makluman korang, pasukan kebangsaan akan menentang Sri Lanka pada 28 April ini.
sama-samalah kita menyokong pasukan kebangsaan kita.

selamanya harimau malaya!!!
p/s taknak sentuh soal FAM, masih sedih kat nasib TSAM


Amaran tsunami ditarik balik

Amaran tsunami ditarik balik

BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan perairan barat Indonesia.

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang tadi. 

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

Di Malaysia, Jabatan Meteorologi menarik balik amaran tsunami di Malaysia pada jam 10 malam ini

Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.
Sumber: Berita Harian

Clinton puji filem lakonan Michelle Yeoh


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Filem biografi pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi yang dilakonkan oleh aktres Malaysia, Michelle Yeoh menerima pujian di luar dugaan.

Mendapat sentuhan pengarah filem terkenal Perancis, Luc Beeson, filem The Lady dipuji oleh Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton.

Clinton berkata, beliau menonton The Lady semasa menaiki penerbangan ke Myanmar pada Disember tahun lalu.

Ia merupakan kunjungan pertama seorang Setiausaha Negara AS ke negara Asia Tenggara berkenaandalam tempoh 56 tahun.

"Filem ini menyentuh perasaan saya. Saya rasa anda juga akan tersentuh," kata Clinton menjelang majlis tayangan The Lady di sini kelmarin.

Acara tersebut turut dihadiri oleh Beeson dan Yeoh yang mendokong watak Suu Kyi.

Ikon demokrasi Myanmar yang pernah menerima hadiah Nobel Keamanan itu memenangi kerusi Parlimen baru-baru ini selepas parti pimpinannya menang besar dalam pilihan raya kecil di negara tersebut. - Agensi

Sumber&Kredit: Kosmo