Assalamualaikum...
Apa dah jadi dengan pasukan bola sepak kebangsaan kita?
tiba-tiba ranking jatuh merudum dan dianggap sebagai yang terburuk sejak januari lalu buat pasukan yang digelar Harimau Malaya ini. mana silapnya? silap pasukan kita ke atau kesilapan dari FIFA sendiri? mari kita kupas serba sedikit mengenai perkara ini..
Seperti yang kita maklum,Pasukan kebangsaan kita kini jarang mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa, kali terakhir menentang Filipina mac lalu, itupun tak tahulah gua samada FIFA iktiraf ke tak.
Menurut ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia kini menduduki ranking ke-156 dunia, sesuatu yang agak mengejutkan bagi kita semua.
Ranking terbaru itu juga menyaksikan kedudukan skuad Harimau Malaya lebih rendah berbanding Bangladesh (ke-152) dan Nepal (ke-149), yang dikenali tidak memiliki infrastruktur yang baik dalam sukan tersebut. Namun kemerosotan ranking Malaysia mungkin juga berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa.
Cuma apa yang menimbulkan persoalan, walaupun naik 12 anak tangga, Bangladesh tidak terlibat dalam sebarang perlawanan kompetitif yang diiktiraf FIFA sepanjang bulan lalu.
Bukan sekadar Bangladesh dan Nepal yang memiliki ranking lebih baik berbanding Malaysia, beberapa negara yang kurang dikenali dalam dunia bola sepak seperti New Caledonia dan Samoa berada di atas Malaysia iaitu tempat ke-154 dan ke-155.
Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada pada tempat kelima. Walaupun berjaya memintas negara jiran, Singapura (ke-158) namun kita dipintas Filipina, yang naik ke tangga ke-148 ekoran berjaya mara ke separuh akhir Piala Cabaran AFC bulan lalu. Vietnam kekal sebagai negara terbaik di rantau ini dengan masih berada di kalangan 100 terbaik dunia iaitu di tempat ke-97 diikuti Thailand (141), Filipina dan Indonesia (151). Bagi benua Asia, Malaysia berada pada tempat ke-27 daripada 46 negara ketika Australia masih gah selaku pasukan nombor satu Asia.
naik mengatasi pasukan kita? Samoa, negara yang dibelasah 32-0 oleh pasukan Australia pun mengatasi kita.
mana silapnya? Gua memang tak puas hati. tapi siapalah gua ni FIFA nak pandang dan jelaskan mengenai perkara ini dengan sejelas-jelasnya ye dak? haha...
Apapun gua harap pasukan kebangsaan kita lebih bersemangat selepas ini dan berupaya memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA. perbanyakkan lagi perlawanan-perlawanan persahabatan antarabangsa.
dan untuk makluman korang, pasukan kebangsaan akan menentang Sri Lanka pada 28 April ini.
sama-samalah kita menyokong pasukan kebangsaan kita.
selamanya harimau malaya!!!
sama-samalah kita menyokong pasukan kebangsaan kita.
selamanya harimau malaya!!!
p/s taknak sentuh soal FAM, masih sedih kat nasib TSAM
3 ulasan:
kurang perlawanan antarabangsa kot..hihik..
saya msuk kan saudara Jebat di bloglist saya,exchange bloglist..hikhik..maseh^_^
Muslim tetap macho,muehehe
tq pecinta pink :)
cik adieb macho lg c messi sabah..hahha
Catat Ulasan