followers

busuk.org

Khamis, 12 April 2012

Clinton puji filem lakonan Michelle Yeoh


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Filem biografi pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi yang dilakonkan oleh aktres Malaysia, Michelle Yeoh menerima pujian di luar dugaan.

Mendapat sentuhan pengarah filem terkenal Perancis, Luc Beeson, filem The Lady dipuji oleh Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton.

Clinton berkata, beliau menonton The Lady semasa menaiki penerbangan ke Myanmar pada Disember tahun lalu.

Ia merupakan kunjungan pertama seorang Setiausaha Negara AS ke negara Asia Tenggara berkenaandalam tempoh 56 tahun.

"Filem ini menyentuh perasaan saya. Saya rasa anda juga akan tersentuh," kata Clinton menjelang majlis tayangan The Lady di sini kelmarin.

Acara tersebut turut dihadiri oleh Beeson dan Yeoh yang mendokong watak Suu Kyi.

Ikon demokrasi Myanmar yang pernah menerima hadiah Nobel Keamanan itu memenangi kerusi Parlimen baru-baru ini selepas parti pimpinannya menang besar dalam pilihan raya kecil di negara tersebut. - Agensi

Sumber&Kredit: Kosmo

2 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

Michelle Yeoh layak dipuji sbb berjaya membawa watak Aung San Suu Kyi dgn baik

Unknown berkata...

btl tu shameel :)