followers

busuk.org

Khamis, 29 Mac 2012

Jerat cinta Internet meningkat



AWAS JERAT CINTA INTERNET!!!

SHAH ALAM - Kes penipuan cinta di Internet di negeri Selangor meningkat dengan 239 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu berbanding 188 kes pada 2010 melibatkan nilai kerugian antara RM2,000 hingga RM60,000 setiap mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Selangor, Superintendan Ng Keok Chai berkata, kebanyakan mangsa merupakan wanita bujang dan janda berumur 35 tahun ke atas yang sedang mencari teman hidup.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, majoriti suspek melibatkan warga Afrika yang memperdaya mangsa dengan menggunakan kata-kata indah dan janji manis ketika berkenalan melalui Facebook atau Twitter bagi menawan hati.

"Setelah dapat meyakinkan mangsa, suspek berpura-pura mengirim hadiah bernilai jutaan ringgit kepada mangsa dan kemudian menyamar pula sebagai pegawai kastam dengan mendakwa barangan itu telah ditahan dan perlu dibayar cukai.

Gambar Mark Zuckerberg Bersama Kekasih Melawat China


Percutian Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di sini mencetuskan spekulasi di Internet bahawa Facebook mungkin kembali ke China.

Beberapa penulis blog yang teruja memuat naik gambar pengasas Facebook dan teman wanitanya itu di sebuah kedai Apple dan di galeri seni di Shanghai kelmarin.
Mereka melahirkan harapan ia mungkin bermakna akses ke laman sosial popular itu kembali ke China sejak ia disekat pada tahun 2009.

"Adakah ini bermakna... Facebook bersedia untuk tidak disekat?" kata seorang pengguna mikroblog, Sina Kelisisong. Facebook memiliki lebih 800 juta pengguna seluruh dunia dan ia mendahului rangkaian sosial di kebanyakan negara kecuali enam buah negara termasuk Rusia dan China.
Pada bulan lalu, pihak Facebook yang berpangkalan di California menyatakan ia 'menilai untuk memasuki China' yang merupakan pasaran Internet terbesar dunia.

Kredit:Kosmo

Detektif Lim Bebas Tuduhan Curi Buku

As'salam..


Detektif Lim atau nama sebenarnya Farid Amirul Hisham Wu Abdullah tidak dapat menahan sebak
apabila di bebaskan daripada tuduhan mencuri dua buah buku selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada tuduhan itu.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu berharap orang ramai tidak lagi memandang serong dan menyisihkannya dan seterusnya kembali yakin terhadap dirinya..

Farid berkata pelbagai pengalaman pahit dilalui beliau selama tiga tahun hinggakan terpaksa berkerja sebagai attendan pam di sebuah stesen minyak di Melaka kerana tidak di tawarkan sebarang pekerjaan, khususnya dalam bidang lakonan.

Sementara itu, penerbit dan pengarah drama bersiri Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam berharap penerbit drama atau filem tempatan tidak menyisihkan Farid kerana dia terbukti tidak bersalah.

Beliau berkata, Farid perlu diberi ruang untuk kembali mewarnai dunia lakonan selepas ini.

"Saya harap penerbit drama dan filem tidak merekodkan perkara ini atau terus memberi tanggapan negatif kerana setiap yang berlaku mempunyai hikmah," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Yusof berkata, beliau sendiri memberi peluang kepada Farid dengan mengambilnya bekerja di belakang tabir selepas direhatkan daripada berlakon dalam drama Gerak Khas.

Sumber: Kosmo

Ezani dakwa individu guna namanya tujuan jenayah




KOTA BHARU - Pelakon Mohd Zani @ Mohd Zohiri Mohd Nizariff, 38, atau Ezani membuat laporan polis semalam, berhubung tindakan dua lelaki tidak dikenali dikhuatiri mempergunakan namanya untuk tujuan jenayah di Balai Polis Badang, di sini, semalam.
Ia berikutan insiden pada jam 8.45 malam kelmarin, apabila dua wanita dalam produksi drama didatangi dua lelaki tersebut menggunakan nama Ezani untuk memperdaya wanita-wanita itu supaya ikut masuk ke dalam sebuah kereta.

Ezani berkata, ketika itu dia dan beberapa produksi drama sudah berada di tempat penggambaran di Pantai Mek Mas, Badang, di sini, namun dua wanita iaitu seorang pengurus produksi berusia 41 tahun dan juru mekap berusia 28 tahun masih di rumah tumpangan menunggu giliran untuk diambil ke tempat penggambaran.

“Semasa mereka sedang duduk menunggu di perhentian bas di depan kawasan itu, mereka dihampiri kereta Produa Viva dinaiki dua lelaki mengajak mereka masuk ke dalam kereta dengan memberitahu Ezani sedang tunggu di KB Mall.

“Dua wanita itu menolak pelawaan tersebut selepas menghubungi saya dan saya memberitahu saya berada di lokasi menyebabkan kedua-dua lelaki itu lalu marah dan memaki hamun, sebelum meninggalkan mereka,” katanya selepas membut laporan polis.
Ezani berkata, laporan polis dibuat kerana bimbang perkara sama berulang dan berlaku kejadian tidak diingini kepada dia dan rakan-rakan produksi sepanjang penggambaran di negeri ini.

“Saya tidak tahu mengapa nama saya pula dikaitkan, sedangkan saya datang ke sini hanya semata-mata untuk bekerja.
“Lagipun saya sedar semasa berada di sini, ada orang memerhati dan khuatir ada pihak cuba mempergunakan nama saya untuk memperdaya orang lain,” katanya lagi.

Ezani berada di Kelantan sejak awal bulan ini bagi menjalani penggambaran drama 13 episod bertajuk Sesuci Syahadah terbitan Zamriez Golden Production untuk tayangan RTM bulan Julai ini.

Kredit: Sinar Harian