Percutian Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di sini mencetuskan spekulasi di Internet bahawa Facebook mungkin kembali ke China.
Beberapa penulis blog yang teruja memuat naik gambar pengasas Facebook dan teman wanitanya itu di sebuah kedai Apple dan di galeri seni di Shanghai kelmarin.
Mereka melahirkan harapan ia mungkin bermakna akses ke laman sosial popular itu kembali ke China sejak ia disekat pada tahun 2009.
"Adakah ini bermakna... Facebook bersedia untuk tidak disekat?" kata seorang pengguna mikroblog, Sina Kelisisong. Facebook memiliki lebih 800 juta pengguna seluruh dunia dan ia mendahului rangkaian sosial di kebanyakan negara kecuali enam buah negara termasuk Rusia dan China.
Pada bulan lalu, pihak Facebook yang berpangkalan di California menyatakan ia 'menilai untuk memasuki China' yang merupakan pasaran Internet terbesar dunia.
Kredit:Kosmo
3 ulasan:
hehehe.. baru tau fb kena sekat kat china.. ekekke.. >.<
sy pon huahuahua :)
Ye ke. Patutlah xpernah jumpa orang dari china.. hehehe. gurau je ^_^
Catat Ulasan