followers

busuk.org

Selasa, 21 Februari 2012

10 Sebab Ilmu Lebih Bermanfaat Daripada Harta



10 Sebab Ilmu Lebih Bermanfaat Daripada Harta 

1. Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi. Sebaliknya harta itu pusaka Qarun.

2. Ilmu itu menjaga dan memelihara kita. Tetapi harta, kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya.

3. Orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat.

4. Harta jika selalu digunakan akan berkurangan. Sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah.

5. Orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.

6. Harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian.

7. Harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat di akhirat kelak.

8. Harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan.

9. Harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati.

10. Pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.

Jadi, yang manakah lebih bermanfaat? Ilmu atau harta? Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Jangan kedekut ilmu. Sampaikanlah walau satu ayat. Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan antara tiga amalan yang berlanjutan pahalanya selagi diamalkan walaupun kita sudah meninggal dunia.



CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari

PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.
Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
“Jadi permintaan CUEPACS adalah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.
“Ia berdasar perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Sinar Harian

Ibu Rayu Anak Gadis Pulang




Salam..

SHAH ALAM,

Pulanglah Nana!. Itulah rintihan seorang ibu, Norazura Roski, 37 yang tidak jemu menunggu kepulangan anak gadisnya Nazatul Fardiana Mohd Izwan, 15, atau lebih mesra dipanggil Nana yang hilang sejak tiga minggu lalu.
Menurut Norazura, kali terakhir dia bersama anak keempat daripada lima beradik itu apabila dia sendiri menghantar Nana ke perhentian bas berdekatan rumahnya di Seksyen 8, kira-kira jam 3 petang, 30 Januari lalu.
 
“Saya hantar Nana ke perhentian bas kerana dia mahu ke rumah rakannya untuk mengulang kaji pelajaran bersama.
 
“Namun, sehingga jam 8 malam pada hari yang sama, Nana tidak pulang dan saya cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi gagal dihubungi. Kawan-kawannya juga tidak tahu di mana dia berada,” katanya.
 
Norazura berkata, sebelum ini, anaknya itu akan sentiasa menghubunginya jika pulang lewat atau menghadapi masalah.

Begitulah keluhan serta rintihan seorang ibu yang kehilangan anaknya

Kepada semua rakan-rakan blogger, facebook,twitter dll, marilah kita membantu ibu ini walaupun kita takde kaitan atau pertalian apa-apa dengan mereka. fikirlah atas dasar kemanusiaan dan juga agama.. kalau ada sesiapa yang ternampak anak gadis ini, cepat-cepatlah laporkanatau hubungi talian ini 

017-6937548 (Azura)

017-6520876 (Farah)

012-3125886 (Izal)

"bersama membantu mereka"



Wajib Baca! Jangan Kahwin Dengan 6 Jenis Perempuan Ini

Jangan Kahwin Dengan 6 Jenis Perempuan Ini :


Salam..

Jika nak cari isteri, carilah isteri yang beragama dan berakhlak. Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan wanita yang mempunyai sifat-sifat di bawah :


1. Al-Ananah
Wanita yang banyak mengeluh. Contohnya, apa saja yang diberi, tidak pernah mencukupi. Bagi kereta tak cukup, rumah tak cukup dan barang kemas menimbun pun masih tak cukup.

2. Al-Mananah
Perempuan yang banyak mengungkit pada suaminya. Contohnya, "Selama ni, duit belanja anak-anak, saya yang bagi". "Mesin basuh tu beli pakai duit saya!"

3. Al-Hunanah
Perempuan yang ingin kepada suami yang lain. Contohnya, dia berkenan bila tengok lelaki lain dan inginkannya.

4. Al-Hudaqah
Perempuan yang gemar terhadap sesuatu lalu memaksa suaminya melakukannya.
Contoh, jika dia nak kereta baru, dia paksa suaminya belikan walau apa cara sekalipun.

5. Al-Buraqah
Perempuan yang sibuk bersolek tanpa mempedulikan amalan-amalan yang lain.
Contohnya, asyik mekap, mengilat kuku, sapu losyen sampai tak solat, tak buat kerja rumah dan tidak mempedulikan suami.

6. Al-Salaqah
Wanita yang banyak bercakap. Asyik nak berleter saja 24 jam. Sikit-sikit nak memekak. Dahla cakap kuat macam duduk sebatu.


Sumber:


Sedikit Nasihat Untuk Panduan Bersama

*Jika perlu MARAH, marahlah tetapi usah terlupa pada perkataan SABAR.


*Jika perlu MENANGIS, menangislah tetapi usah terlupa pada perkataan TENANG.


*Jika perlu PATUH, patuhlah tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.


*Jika mahu MISKIN, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.


*Jika mahu KAYA, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.


*Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.


*Jika mahu HARTA MENIMBUN, bekerja keraslah asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.


*Jika mahu BERHIBUR, berhiburlah asal tidak lalai dan MENYALAHI SYARIAT.


*Jika mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.