followers

busuk.org

Selasa, 31 Januari 2012

Ana Raffali nikah 25 Februari


Salam

Gua dengar-dengar
penyanyi popular,Ana Raffali bakal menamatkan zaman bujangnya setelah mengumumkan tarikh pernikahannya pada 25 Februari 2012 bersama jejaka pilihannya
Dan lelaki bertuah itu bernama Ahmad Aznaim Abdullah.

Ana mengumumkan majlis pernikahan akan dijalankan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati,KL pada satu sidang media di Kuala Lumpur siang tadi
Tanhiah ana Raffali.. lepas ni korang jgn pandang-pandang dia lagi taw,sebab dia dah jadi milik orang
hehehehehe....

Fakta! Perbualan terus lebih baik daripada SMS


Salam..

MADISON: Satu kajian terbaru mengesahkan pemerhatian yang dilakukan sejak sekian lama iaitu kata-kata ringkas seorang ibu mampu memberi ketenangan kepada anak remaja mereka berbanding sekadar menghantar pesanan ringkas (SMS), kata satu kajian di Amerika.

Kajian mendapati seseorang yang menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan harapan meredakan tekanan yang dialaminya, tidak akan memperoleh apa yang diingini. Sebaliknya tekanan akan bertambah dua kali ganda.

Pakar antropologi Universiti Wisconsin-Madison berkata, kajian sebelum ini mengesahkan bahawa percakapan seorang anak melalui telefon atau berbual secara berhadapan dengan ibunya merangsang tindak balas hormon yang dapat meredakan tekanan berbanding hanya menghantar SMS.

“Kajian menunjukkan kadar hormon cortisol yang dikaitkan dengan tekanan atau emosi tertekan berkurangan, manakala hormon oxytocin yang merangsang rasa gembira semakin meningkat, ketika seorang anak bercakap atau berbual dengan ibunya melalui telefon,” katanya.

Beliau berkata, dalam kajian terbaru itu, seramai 64 remaja berusia antara 7 hingga 12 tahun ditanya cara menyelesaikan masalah matematik di hadapan tiga orang dewasa yang tidak dikenali, suatu keadaan yang mencetuskan rasa tertekan.

Penyelidik mengukur perubahan kadar oxytocin dan cortisol selepas remaja perempuan yang tertekan dibenarkan membuat pilihan sama ada untuk menghubungi ibu mereka melalui telefon, berbual secara berhadapan atau menghantar pesanan ringkas.

“Kami mendapati paras hormon cortisol remaja yang menghantar pesanan ringkas kepada ibu mereka meningkat pada kadar tinggi berbanding mereka yang bercakap dengan ibu bapa melalui telefon atau secara berhadapan.

Sumber: Berita Harian

Don’t know where to go for dinner tonight? Drop by at Openrice.com and search over 12,000 restaurants! #MakanNShare

Don’t know where to go for dinner tonight? Drop by at Openrice.com and search over 12,000 restaurants! #MakanNShare

SEGMEN : SEDETIK LEBIH BERSAMA IBU DAN AYAH

Salam..

Gua join segmen ni 

Jom ikuti kisah hidup gua dan parent gua
(pendek je hehe..)

Agak sedih jugak cerita sal bab-bab ni tapi takpe gua ceritakan jugak untuk tatapan korang.
masuk tahun ni, sudah 45thn ibu bapa gua hidup sebagai suami isteri
dan gua thn ni nak masuk kategori veteran dah..hehe apa tidaknya 29 ogos nanti maka genaplah umur gua
35 tahun..haiyooo usia nak senja baru nak jadi blogger..
Seksi jugak Tuan Haji ni heheh..
Cuba korang bayangkan parent gua hidup tanpa zuriat selama 10 tahun..
namun berkat kesabaran mereka akhirnya Tuhan makbulkan Doa mereka
Akhirnya gua pun lahir ke dunia..
Gua lahir dalam suasana hidup yang miskin, bapa gua hanyalah seorang petani dan ibu gua plak seorang suri rumah dan kadang-kadang tu ibu gua menjual hasil tani ke pasar tani berdekatan
semata-mata nak hidupkan seorang anak tunggal macam gua.

Kisah pahit manis tetap ada..masa gua baru berumur 10 tahun,
keluarga kami berpindah kerana ibu gua tak tahan dengan sindiran 'tuan tanah'
kerana rumah yang kami duduki itu adalah atas tanah sepupu bapa gua.

Sukanya gua masa tu bila bapa gua kata "kita pindah dan buat rumah baru" gua melompat-lompat kegembiraan. padahal keperitan dalam hati kedua orang tua gua hanya tuhan saja yang tahu kerana 'dihalau' keluar dari tanah yang diduduki.

Pengorbanan kedua orang tua gua memang gua sanjung dalam kepayahan membesarkan gua. 
walaupun pada hakikatnya gua tidaklah berjaya sangat dalam hidup, tapi Alhamdulillah sekarang gua berkerjaya walaupun hanya seorang kakitangan biasa dalam sektor awam.
Tapi gua bertekad akan membalas segala susah payah mereka.

Gua bersyukur gua masih ada mereka. gua amat menyayangi mereka walaupun gua sebenarnya banyak buat salah dan dosa pada mereka berdua. kepada Tuhan, semoga kedua orang tua gua diberikan kesihatan yang baik dan berkatilah hidup kami sekeluarga di dunia dan akhirat.

Oklah rasanya setakat ini saja cerita gua (airmata dah jatuh ni)
len kali gua story lagi pasal diri dan keluarga gua.
wasalam.

Ikhlas: Adzmian Haji Kasiran