followers

busuk.org

Selasa, 31 Januari 2012

SEGMEN : SEDETIK LEBIH BERSAMA IBU DAN AYAH

Salam..

Gua join segmen ni 

Jom ikuti kisah hidup gua dan parent gua
(pendek je hehe..)

Agak sedih jugak cerita sal bab-bab ni tapi takpe gua ceritakan jugak untuk tatapan korang.
masuk tahun ni, sudah 45thn ibu bapa gua hidup sebagai suami isteri
dan gua thn ni nak masuk kategori veteran dah..hehe apa tidaknya 29 ogos nanti maka genaplah umur gua
35 tahun..haiyooo usia nak senja baru nak jadi blogger..
Seksi jugak Tuan Haji ni heheh..
Cuba korang bayangkan parent gua hidup tanpa zuriat selama 10 tahun..
namun berkat kesabaran mereka akhirnya Tuhan makbulkan Doa mereka
Akhirnya gua pun lahir ke dunia..
Gua lahir dalam suasana hidup yang miskin, bapa gua hanyalah seorang petani dan ibu gua plak seorang suri rumah dan kadang-kadang tu ibu gua menjual hasil tani ke pasar tani berdekatan
semata-mata nak hidupkan seorang anak tunggal macam gua.

Kisah pahit manis tetap ada..masa gua baru berumur 10 tahun,
keluarga kami berpindah kerana ibu gua tak tahan dengan sindiran 'tuan tanah'
kerana rumah yang kami duduki itu adalah atas tanah sepupu bapa gua.

Sukanya gua masa tu bila bapa gua kata "kita pindah dan buat rumah baru" gua melompat-lompat kegembiraan. padahal keperitan dalam hati kedua orang tua gua hanya tuhan saja yang tahu kerana 'dihalau' keluar dari tanah yang diduduki.

Pengorbanan kedua orang tua gua memang gua sanjung dalam kepayahan membesarkan gua. 
walaupun pada hakikatnya gua tidaklah berjaya sangat dalam hidup, tapi Alhamdulillah sekarang gua berkerjaya walaupun hanya seorang kakitangan biasa dalam sektor awam.
Tapi gua bertekad akan membalas segala susah payah mereka.

Gua bersyukur gua masih ada mereka. gua amat menyayangi mereka walaupun gua sebenarnya banyak buat salah dan dosa pada mereka berdua. kepada Tuhan, semoga kedua orang tua gua diberikan kesihatan yang baik dan berkatilah hidup kami sekeluarga di dunia dan akhirat.

Oklah rasanya setakat ini saja cerita gua (airmata dah jatuh ni)
len kali gua story lagi pasal diri dan keluarga gua.
wasalam.

Ikhlas: Adzmian Haji Kasiran


8 ulasan:

Lieza Nordin berkata...

HUHUHU :') story y :') ... hai uncle billy :D:)

dya nasir berkata...

kalau ada masa dya join..:D

Unknown berkata...

wakaka...uncle ek? nek seram dowh mcm da tua sgt wakaka :)

RHI berkata...

kalau dikenang masa lalu, rasanya tak mahu alami itu semuakan? tapi kerana ketabahan orang tua kita, kita mampu berdiri sendiri sekarang, yang penting jasa ibu bapa jangan dilupa

p/s: macam mana akak nak join, syarat yg utama kena follow blog penganjur, masalahnya sekarang butan follow akak bermasalah, tak boleh nak follow mana2 blog

Unknown berkata...

takpe la hehe thanks bg komen ye :)

Shafiqah Rahim berkata...

thanks sebab join :)
senarai peserta dah ada di blog saya :)

9n0L4 berkata...

macam cite drama je. ;)

http://farizafairuz.blogspot.com/2012/02/segmen-sedetik-lebih-bersama-ibu-dan.html

AyiedZudin berkata...

sedih lak bile bace..tp betul ker umur 35 ??? huhu..ok mude ag~ hehe