followers

busuk.org

Jumaat, 2 November 2012

‎6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH




As'salam..

Salam jumaat kepada semua rakan...
hari ini gua ingin kongsikan kepada semua tentang kebaikan mandi sebelum subuh..kerana menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. betul atau tidak, jom baca...


6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Berikut antara kebaikan yang dikenal pasti mengenai mandi sebelum subuh.


1. Kulit lebih lembut dan halus


pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah

jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan

kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi

untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang

air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih

mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Jom amalkan.. salam jumaat semua :)
Sumber: 

p/s sejuknye mandi awal pagi...

7 ulasan:

OKje berkata...

Bagus fakta ni...... kadang tu bila tau kebaikan dia barulah laju je nak buat he...he...

Ezwan Amrin berkata...

wah, info yg sgt berguna...thanks~ :)

::Misz sunsWeetz:: berkata...

LIKE THIS ENTRY

Unknown berkata...

t.kasih semua :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Unknown berkata...

where did u get this info?

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. berkata...

Bagus perkongsian ilmiah ni. Tq :)

kitatauke berkata...

kl ade kerja..memang xde masalah nak mandi pagi..kl xde keje@cuti..sgt liat nak mandi pagi ni...