As'salam
Kumpulan terkenal dari Indonesia, Peterpan, kini mula mengorak langkah untuk terus mewarnai bidang seni selepas pembebasan vokalis utamanya, Ariel hampir dua minggu yang lalu.
Namun kemunculan semula mereka kali ini tidak lagi dikenali sebagai Peterpan sebaliknya nama NOAH dipertaruhkan untuk kembali bersaing di persada seni. penjenamaan semula kumpulan ini dilihat seakan mendapat satu semangat baru untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka yang sedikit tercemar dengan skandal yang melanda Ariel. NOAH kini sedang menjalani proses akhir menyiapkan album terbaru mereka yang dikhabarkan telah siap 80 peratus untuk dipasarkan kepada peminat mereka di luar sana.
Sebelum ini, kes Ariel telah menggemparkan semua peminatnya dengan penyebaran video aksi seks dengan bekas kekasihnya, Luna Maya dan juga aktress serta pengacara terkenal, Cut Tari pada 2010.
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, 31, dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun dan denda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) oleh Mahkamah Daerah Bandung pada 31 Januari tahun lalu selepas didapati bersalah mengedar video pornografi di mana beliau sendiri dipercayai sebagai pelakunya bersama dua artis wanita terbabit.
Bagaimanapun, dia telah diberi pembebasan bersyarat pada 23 Julai lalu setelah dia menjalani hukuman dengna berkelakuan baik. antara syarat yang ditetapkan ialah Ariel tidak boleh lagi mengulangi perbuatannya dan diwajibkan melapor diri ke penjara secara rutin sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013.
NOAH dianggotai oleh Ariel, Uki, Lukman, David dan Reza
p/s kagum dengan anggota lain band ini yang terus setia bersama ariel.
1 ulasan:
NOAH ?? agak plik sedikit..hehe > NOAH stands for ? =)
Catat Ulasan