followers

busuk.org

Selasa, 14 Ogos 2012

30 petua kukuh ikatan cinta


As'salam


MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di
muka bumi ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini
termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemikian.

Rasa cinta, kasih sayang dan membina impian untuk hidup bahagia
bersama pasangan yang dicintai menjadi harapan kepada pasangan
bercinta.

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta
sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu
bersatu dan membina kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap
perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih
pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada
pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan
akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini. insyallah..

- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia
berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang
berada jauh darinya.


- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang
betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah
akan menemukan anda dengan pasangan.

- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah
semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti
magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif
terhadap semua orang di dunia ini.


- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat
taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta
maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan
akan membenci anda.


- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-
bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling
menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,
wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh
berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang
sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan
hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih
sayang.

- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang
dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini
secara berterusan hingga berjaya.

- Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan.

- Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki
akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun
sebenarnya wanita yang memulakannya.

- Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah,
mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau
kurang sopan terhadap bakal pasangan.

- Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan
kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada
diri sendiri.

- Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal
pasangan rasa selesa.

- Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada
bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada
kita.

- Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain
serta seronok untuk didampingi orang lain.

- Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan
benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci
atau tidak tertarik kepada kita.

- Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk
berkenalan dengan lelaki lain.

- Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas,
tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap
pemberian lelaki terbabit.

- Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian,
penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki
janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

- Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran,
kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang
ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan
bakal pasangan.


- Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh
kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.


- Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan
perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.


- Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan
sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.


- Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang
anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.


- Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki
membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

Kredit: semanis kurma

4 ulasan:

Aimacomel berkata...

owh bahagianya bila diri menyintai & dicintai.. terima kasih di atas perkongsian ilmu ni. sgt elok dijadikan panduan

Outbound di Malang berkata...

nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

mujagirl92 berkata...

insya ALLAH diaplikasikan bila dah kawin,, tak leh aplikasi lagi skrng,, it is still choosing time,, hehe

Noor Atikah Ramli berkata...

terbaik ! ^_______^