As'salam
Wanita yang ditembak polis dalam kejadian amuk di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya pada 9 Julai lalu
kini menghadapi dua pertuduhan.
Muhdalena Ahmad, 28, yang masih dirawat bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd. Kafli Che Ali ketika prosiding dilakukan di Wad 3B Ortopedik B28, Hospital Putrajaya yang bersidang sebagai Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam.
Mengikut pertuduhan pertama, lulusan Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) itu didakwa mengugut dengan niat mencederakan seorang anggota polis, Ridzuan Megat Ahmad
Dalam pertuduhan kedua pula, ibu kepada dua anak itu didakwa membawa senjata berjadual iaitu sebilah pedang di tempat dan waktu yang sama.
Sumber: Kosmo
5 ulasan:
cari nahas!!
Ni lah orang kata, belajar tinggi bertingkat2 pun bodo jugak.. Ooops! Sorry to say la ekk..
fikiran melayang2 ni
ntala..apa yg dia fikir pun kita tak tahu..syg masa depan disia2kan begitu je
Catat Ulasan