Pengendali laman blog Uncle Seekers atau nama penuhnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, yang ditahan reman sejak semalam kerana didakwa memfitnah Sultan Johor hari ini bakal menghadapi satu lagi tuduhan kerana didapati positif dadah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.
Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: SH
p/s sudah jatuh ditimpa tangga... sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu makbul, maka berdoalah mohon pertolongan dariNya..tapi seandainya benar tuduhan ini,maka bertaubatlah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan