As'salam
Sebuah kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC Berhad, meletup dan terbakar awal pagi tadi di Labuan.
Kapal
Bunga Alpinia, terbakar dan meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha. kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina. sebelum kejadian kapal berkenaan dikatakan sedang mengisi minyak sebelum meletup dan menggegarkan beberapa kawasan berhampiran.
Kejadian pada pukul 2.30 pagi itu dilaporkan telah mengorbankan nyawa seorang anak kapal manakala 5 yang lainnya cedera. mangsa yang terkorban ialah Syahril Azmi Baharudin warga tempatan yang dipercayai melecur. manakala operasi bagi mengesan seorang lagi mangsa yang dipercayai hilang masih diteruskan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.
Kejadian ini turut dikaitkan dengan kejadian ribut petir awal pagi semalam.
|
Gambar ini dirakamkan mlm tadi ketika kejadian ribut petir,
ia juga dikaitkan dengan kebakaran kapal tangki bunga alpinia. |
Sumber gambar: Facebook
p/s
terima kasih kepada rakan2 dan saudara gua yang bagi info..
10 ulasan:
hope keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.
ya Allah..
tkejut gak dgr berita ni..cousin sy keja kat tpt ni..alhamdulillah selamat
saya duk labuan..suami kte dgr dentumn kuat,ingtkn guruh...sampe blackout
dugaan bulan Ramadhan :)
al fatihah buat sahabat ku pumpman zahari hashim
mari kita sama2 sedekahkan al-fatihah buat simati..
ya ' allah.. sedekah kan al-fatihah
lama x jalan2 sini.. =0
takziah kepada keluarga mangsa
al-fatihah & takziah pd kluarga mgsa..
Catat Ulasan