followers

busuk.org

Khamis, 26 Julai 2012

Kapal tangki Bunga Alpinia terbakar di Labuan (gambar)


As'salam


Sebuah kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC Berhad, meletup dan terbakar awal pagi tadi di Labuan.

Kapal  Bunga Alpinia, terbakar dan meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha. kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina. sebelum kejadian kapal berkenaan dikatakan sedang mengisi minyak sebelum meletup dan menggegarkan beberapa kawasan berhampiran.

Kejadian pada pukul 2.30 pagi itu dilaporkan telah mengorbankan nyawa seorang anak kapal manakala 5 yang lainnya cedera. mangsa yang terkorban ialah Syahril Azmi Baharudin warga tempatan yang dipercayai melecur. manakala operasi bagi mengesan seorang lagi mangsa yang dipercayai hilang masih diteruskan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Kejadian ini turut dikaitkan dengan kejadian ribut petir awal pagi semalam.






Gambar ini dirakamkan mlm tadi ketika kejadian ribut petir,
ia juga dikaitkan dengan kebakaran kapal tangki bunga alpinia.

Sumber gambar: Facebook

p/s terima kasih kepada rakan2 dan saudara gua yang bagi info..

10 ulasan:

Noor Atikah Ramli berkata...

hope keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.

Unknown berkata...

ya Allah..

Unknown berkata...

tkejut gak dgr berita ni..cousin sy keja kat tpt ni..alhamdulillah selamat

Unknown berkata...

saya duk labuan..suami kte dgr dentumn kuat,ingtkn guruh...sampe blackout

Unknown berkata...

dugaan bulan Ramadhan :)

Tanpa Nama berkata...

al fatihah buat sahabat ku pumpman zahari hashim

Unknown berkata...

mari kita sama2 sedekahkan al-fatihah buat simati..

laureweng berkata...

ya ' allah.. sedekah kan al-fatihah


lama x jalan2 sini.. =0

dya nasir berkata...

takziah kepada keluarga mangsa

Mia Meymi berkata...

al-fatihah & takziah pd kluarga mgsa..