As'salam
Sebuah lubang berkeluasan 30 meter persegi tiba-tiba terbentuk di tengah-tengah lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut nyawa seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan.
Mangsa yang terjerlus tidak dapat diselamatkan apabila pasukan penyelamat gagal menemui dasar lubang itu. sementara itu pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan untuk menutup lebuh raya berkenaan untuk melakukan siasatan terperinci mengenai kewujudan lubang misteri itu.
Pelbagai pendapat timbul dari kalangan ramai yang mengikuti perkembangan berita dari China ini, ada yang mengatakan lebuh raya berkenaan adalah bekas lombong yang ditimbus malah ada juga pendapat yang mengaitkannya dengan kewujudan yakjuj makjuj. walahualam..
Apapun, kita hanya mampu membuat andaian, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui kerana semua yang terjadi adalah atas kehendakNya..
p/s ramadhan bakal tiba..
2 ulasan:
Betul kata jebat tu.. KIta hanya mampu merancang & meramal, namun segala kejadian & ketentuan adalah dalam kuasa Allah S.W.T..
takut nye..
Catat Ulasan