As'salam...
Ini bukan review blog dari mana-mana segmen..gua saje nak kaber-kaber pasal blog ini (bukan blog gua)
tiba-tiba blog ini naik mendadak..banyak komen-komen baru korang boleh jumpa kat blog ini.
tapi yang peliknya admin tak reply pon semua komen-komen tu...kenapa ek?
Blog yang gua maksudkan ialah jaya negara. jangan sentap ! bagi mereka-mereka yang mengenali blog ini dah tentunya faham kenapa adminnya tak reply mana-mana komen. jauh sekali post entri baru. sebabnya..,
kalau korang nak tahu pemilik blog ini sebenarnya dah jadi arwah akibat ditembak mati oleh polis beberapa hari yang lalu dalam satu kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Kejadian menggemparkan selama 20 minit yang bermula pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, mati setengah jam kemudian ketika dirawat di Hospital Putrajaya. Dia terkena dua das tembakan di tangan dan bahagian bawah perut. dipercayai jugak si mati adalah pengikut ajaran sesat dan kononnya menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi'.
Seram jugak gua bila pertama kali ke blog arwah..gua seram bukan kerana blog itu milik orang yang dah mati, yang pergi tetap pergi..tapi gua seram bila baca entri-entri yang terkandung didalamnya..rasa lain macam..
seperkara lagi bila gua tengok pada profile si penulis (arwah). korang tak rasa ke apa gua rasa? ah ! kalau korang nak tahu jawapannya, korang 'terjah' la sendiri blog ini.
p/s ramai kata tak dapat akses ke blog si mati..
p/s seram masa buat entri ni.. al-fatihah buat arwah..
7 ulasan:
dah tak boleh masuk blog arwah. al-fatihah buat arwah
betul tu...dkna dah singgah blog arwah..dan dkna punyai pendapat sendiri bila baca penulisan arwah di blognya..
smlam boleh masuk lagi...tapi hari ni dah xboleh masuk dah...
errmm..seram jugak nih..!
semalam ika ade jugak bukak.then, rase lain macam bila bace entry dia. terus tutup. hahaha
nak try tengok blog tu tp takut la plak...
dya baru buka..rasa lain mcm..terus tutup dan komen kt sini..haha
sy masih blh akses ke blog tu
Catat Ulasan