followers

busuk.org

Ahad, 1 Julai 2012

Berpesta Kutip Wang!


As'salam



Penduduk di sebuah perkampungan nelayan di Daerah Guwahati, India, seakan meraikan sebuah pesta tahunan di tepi sebuah paya apabila sekumpulan nelayan yang ingin menjala ikan di kawasan paya berkenaan terkejut apabila menemui ratusan gumpalan wang.


Wang itu dikatakan terapung dengan setiap satunya bernilai 500 rupee (RM28.30) dan 1,000 rupee (RM56.70). Penemuan itu membuatkan seluruh penduduk di kawasan itu bertukar kecoh apabila menyerbu kawasan berkenaan sehingga ada yang sanggup berenang untuk mengumpul sebanyak mungkin wang kertas tersebut.

Sementara itu pihak polis sedang menyiasat ketulenan wang itu dan punca kejadian. dan mengesyaki bahawa wang itu adalah wang haram.

Sumber: SH


2 ulasan:

Dkna Abza berkata...

kalo dah dpt duit terapung sape tak nak. huhuuuunie dah kira rezeki bukan halal atau haram hehee

Unknown berkata...

rezeki tak diduga..