followers

busuk.org

Sabtu, 14 Julai 2012

Beg RM100 sebenarnya bernilai RM1.8 juta


As'salam



Seorang lelaki warga emas seolah-olah tidak percaya apabila menyedari beg tangan yang dibelinya dengan harga £20 (RM100) di Oxfam sebenarnya bernilai hingga RM1.8 juta.

John Richard dari West Hampstead, London, tidak tahu nilai sebenar beg rekaan Philip Treacy itu ketika membelinya dalam jualan amal di Oxfam cawangan Kingston. beg tangan itu mempunyai rekaan wajah Elvis Presley oleh artis pop Andy Warhol dan dipercayai satu daripada 10 saja yang dihasilkan.

Richard mengambil keputusan untuk memeriksa sama ada ia asli atau tidak dua bulan selepas membelinya.
beliau memberitahu akhbar tempatan, Hampstead and Highate Express: “Saya memutuskan untuk membawanya ke kedai Philip Treacy dan mereka mengesahkan ia asli.”

Info: Philip Treacy ialah pereka terkenal warga Ireland dan pernah mereka topi untuk golongan kaya dan terkenal, termasuk Lady Gaga dan pengarang Tatler, majalah fesyen berpengaruh, Isabella Blow.


6 ulasan:

Noor Atikah Ramli berkata...

untung !!

HanaNabihah berkata...

perghh. jadi jutawan segera kalau jual ni. untung berlipat ganda!

Aimacomel berkata...

tu namanye rezeki ;)

genjitakiya berkata...

wah kaya!

ida =) berkata...

Tuah badan..... Kaya!

Unknown berkata...

mmg kayo hahaha
thanks semua sudi komen sini :)
syg korang