As'salam
Sebuah pulau buatan manusia bakal dibina oleh sebuah firma di Austria, Demikian menurut pengasas syarikat Orsos, Gabor Orsos.
Pulau buatan itu boleh terapung dan berlabuh dimana-mana lokasi tetapi tidak mempunyai enjin dan hanya boleh ditunda untuk membawanya ke lokasi lain. ianya adalah pulau pertama buatan manusia dan dijangka akan siap dibina di Slovakia dalam tempoh antara 18 bulan hingga dua tahun.
Menurut Orsos, pulau itu juga bakal dijual pada harga AS$6.5 juta (RM20.5 juta).
Pulau itu dilengkapi dengan panel solar dan generator berkuasa angin. dan seramai 12 orang boleh tidur termasuk kru dan keluasannya ialah 1,000 meter persegi.
Sumber: Kosmo
p/s gua nak beli satu huhu..
2 ulasan:
Apa yang error ehhh?
mak aiiikkkk mahal giler. sape nak beli dan nak duduk sana kang mai tsunami habis ancur.
Catat Ulasan