followers

busuk.org

Jumaat, 15 Jun 2012

Peranan Tajuk Pada Entri Blog


As'salam



Rasa teruja plak nak buat entri yang best, tapi apakan daya idea bukannya datang tiap hari dan tak semua entri yang kita buat tu boleh menarik perhatian orang, kadang-kadang idea boleh hilang dowh hehe.. tapi bila gua tengok pada traffik gua kelmarin, rasa semangat untuk terus berblogging tu makin berkobar-kobar.. ye la..sape yang tak happy kalau traffik naik mencanak, lebih-lebih lagi bagi seorang blogger yang baru menapak macam gua ni.. gua betul-betul tak sangka entri yang gua tulis tu berjaya memikat hati pembaca. terima kasih semua..

Dari situ gua sedar, betapa pentingnya kualiti pada sesebuah entri atau penulisan. tapi bagi gua, perkara utama yang membuatkan seseorang itu tertarik pada entri yang kita tulis adalah tajuk pada entri blog, tajuk memainkan peranan yang paling penting (pendapat peribadi). kerana tajuk pada sesebuah entri akan memberi gambaran tentang apa yang kita tulis. dan tajuk juga membuatkan seseorang pembaca punya perasaan ingin tahu tentang apa yang kita cuba hendak sampaikan. kita juga kena kreatif dalam 'permainan' tajuk ini sebab kadang-kadang dalam sebuah entri yang best pun,kalau tajuk tak menarik,pembaca akan berlalu macam tu jer,hanya sekilas pandang tengok entri kita tanpa membacanya. jadi dari situ kita boleh nampak betapa pentingnya sesuatu tajuk itu pada setiap entri yang kita tulis.  tetapi jangan silap ! jangan plak nanti letak tajuk yang sensasi tapi isi lain-lain..nanti tak pasal-pasal pembaca muak dan taknak lagi ke blog kita. dan yang paling penting jangan cuba buat entri yang boleh mengaibkan orang lain. memanglah entri macam ni akan dapat perhatian ramai tapi tak manisla kan..buat entri tu biarlah berhemah dan tidak menyentuh sensitiviti orang lain. macam dah terer plak gua ni..adeh la..

Berbalik kepada traffik tadi, aktuli gua sebenarnya tak pentingkan sangat traffik mencanak ke ribu-ribu tu, asalkan ada pembaca memadailah. nak kejar populariti memang jauh sekali, tapi kalau dah ada pembaca yang ramai,alhamdulillah gua terima dengan hati yang terbuka. apa yang penting keikhlasan dalam sesuatu penyampaian.

Gua juga tak bniat nak memandai-mandai atau memberi tunjuk ajar dan jauh sekali blagak dalam dunia blogging ni..gua pun masih baru dan masih terlalu jauh perjalanan gua. pendek kata,gua masih belajar..(berilah tunjuk ajar kalau ada yang sudi) tapi serius gua cakap, selama berblogging ni, banyak perkara yang gua pelajari..terus terang gua memang buta IT dan gua memang tak tahu apa2 pasal komputer, lainlah kalau bab cantikkan kereta hehehe...
selama gua menjadi blogger, gua beranikan diri pelajari pelbagai teknik berblogging, esp melibatkan teknik SEO. dan macam-macam lagi, alhamdulillah walaupun ilmu tu gua masih belum katam, tapi sedikit sebanyak ada juga yang masuk dalam otak ni hehe..

So, apa yang gua harapkan, marilah kita sama-sama berblogging dengan ikhlas,belajar dan terus belajar..jangan sekali-kali anggap diri dah sempurna. apa yang penting gua nak bagitahu pada semua, tujuan gua adalah untuk menyampai dan berkongsi apa juga maklumat yang gua dapat tanpa mengharapkan apa-apa balasan atau pulangan.
wassalam..

~sharing is caring~

p/s kalau ada kesilapan pada entri ini sila tegur gua..

4 ulasan:

Unknown berkata...

setuju, tajuk memang penting nak tangkap attention readers, especially kalo ping entri kat busuk ke mana2..ahaha bagus entri ni :)

sementara tu, nak ajak billy join segmen saya ni..yang lain pun jemput jon gak ye :D

http://ajamoppical.blogspot.com/2012/06/segmen-follow-weekend-bersama.html

Dkna Abza berkata...

yea..dkna setuju..tajuk memang memainkan peranan kan :)

Unknown berkata...

t.kasih atas komen :) mmg btl tajuk memainkan peranan penting

Pecinta pink^^ berkata...

setuju jugak..tajuk memang penting..senang orang nak search lagi bagus:)