As'salam..
Seniman veteran, Datuk Aziz Satar, 87, dikhabarkan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU),
Hospital Ampang, selepas mengadu sakit dada pada sabtu lalu.
Aziz Satar atau 'Pak Aziz' dikatakan mengadu sakit dada selepas melakukan senaman pada satu program kesihatan yang diadakan pada hari tersebut. dan segera dibawa ke hospital oleh rakan-rakan beliau.
Namun keadaan Pak Aziz kini dilaporkan stabil dan tidak ada perkara-perkara yang membimbangkan.
kepada peminat-peminat Pak Aziz, marilah kita sama-sama mendoakan, semoga kesihatan beliau pulih seperti sediakala..amin.
info: Abdul Azez Satta adalah nama sebenar Datuk Aziz Satar.
Sumber:
1 ulasan:
semoga beliau cepat sembuh ~
Catat Ulasan