followers

busuk.org

Sabtu, 9 Jun 2012

Lelaki Duda Mangsa Terbaru Penipuan Di Facebook


As'salam..

Seorang lagi mangsa penipuan di Facebook kerugian RM66,000 selepas terpedaya oleh kata-kata manis 'kekasihnya'. namun mangsa kali ini ialah seorang lelaki duda. lelaki tersebut menjalinkan hubungan dengan seorang wanita dikenali sebagai Myra Sayed di facebook sejak dua tahun lalu.

Pengurus di sebuah syarikat swasta itu, terjebak dalam jerat percintaan itu selepas dia termakan kata-kata Myra, 31, yang mendakwa akan pulang ke tanah air selepas sekian lama menetap di United Kingdom.

Sehubungan itu, suspek telah memintanya supaya mencarikan rumah untuk memudahkannya tinggal sebaik tiba di negara ini.

Untuk melicinkan penipuan itu, suspek memberitahu yang dia telah menghantar bungkusan mengandungi wang dan beberapa barangan berharga sebagai penghargaan kerana mangsa telah membantunya.

Sumber: Kosmo


2 ulasan:

Unknown berkata...

bahaya betul fb sekarang ni kan..

Dkna Abza berkata...

makin tua makin miang..hehehee larikkk!!