followers

busuk.org

Khamis, 21 Jun 2012

Chin Peng Sakit Tenat Di Bangkok

As'salam


Masih ingatkah lagi dengan wajah ini ? inilah Chin Peng, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

Gua bukan nak bercerita pasal latar belakang Chin Peng, sebab gua tahu semua orang memang dah kenal siapa Chin Peng. tapi gua nak kongsikan berita terbaru berkenaan beliau. Chin Peng yang kini hidup dalam buangan di Bangkok,Thailand dikhabarkan sedang sakit tenat di sebuah Hospital di kota bangkok. 

Menurut blog zamkata.blogspot.com yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Chin Peng telah dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Bangkok dari rumahnya yang terletak di luar ibu kota negara Gajah Putih itu setelah keadaan kesihatannya semakin meruncing.


Bekas pemimpin perang gerila di hutan Malaysia dan Thailand berusia 88 tahun itu juga dilaporkan sangat uzur. Zainuddin yang mesra dipanggil Zam memetik sumber-sumber rakan Chin Peng sebagai berkata bahawa ingatan Chin Peng semakin merosot sejak beberapa bulan lalu sehingga beliau kini dikatakan tidak lagi dapat mengenali orang yang menziarahinya. Chin Peng juga dikatakan telah pun bercakap mengenai kematiannya

Sumber: Kosmo


Tiada ulasan: