followers

busuk.org

Jumaat, 25 Mei 2012

Tembelang Negro Terbongkar Atas Katil Hospital

Tembelang seorang negro warga Nigeria akhirnya terbongkar apabila terbuang air besar bersama 11 kapsul berisi Dadah jenis syabu di atas katil Hospital Melaka setelah tiga jam dirawat.

Petugas hospital berkenaan cemas melihat keadaannya dan hairan sebaik ternampak 11 objek pelik turut terkeluar bersama najis di atas katil.

Bagaimanapun, selepas diteliti, mereka mendapati ia merupakan kapsul dadah yang telah ditelan oleh suspek untuk diseludup dan dijual kepada penagih syabu di negeri ini.

Selepas ujian X-ray dilakukan, doktor mengesahkan sebanyak 16 kapsul dadah lagi masih berada di dalam perutnya. Ia kemudian dapat dikeluarkan pada pukul 8.30 pagi. Lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo


1 ulasan:

Unknown berkata...

buat lagi ...padan muka