followers

busuk.org

Rabu, 16 Mei 2012

Penggunaan minyak masak berulang kali berbahaya kepada kesihatan

As'salam


Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan menggunakan minyak masak yang sama berulang kali diibaratkan sebagai pembunuh senyap kepada pembeli. hal ini juga sering terjadi dikalangan peniaga-peniaga khususnya di pasar-pasar malam. penggunaan minyak masak yang sama seolah-olah tidak dihiraukan oleh peniaga malah si pembeli sendiri, namun setelah beberapa kajian dijalankan ternyata perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada si pembeli atau pengguna.

Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul Rahman berkata, penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak tepu yang berbahaya kepada kesihatan.

Menurutnya, kecenderungan peniaga menggunakan semula minyak terpakai itu dikesan apabila beberapa orang penyelidik UPM yang sedang melakukan kajian biodiesel mendapati bahan itu begitu sukar ditemui.

“Penyelidik kami tidak dapat bekalan minyak masak tersebut kerana mendapati peniaga tidak akan membuangnya selepas digunakan, malah ia dicampur dengan minyak masak baharu.

“Minyak yang diguna semula menyebabkan peningkatan kolesterol serta serangan penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012 di sini semalam.

Sumber: Kosmo


1 ulasan:

icumm berkata...

Walaupun minyak tetap ada khasiat nya..bila dah guna bnyak kali, khasiat dia hbs dah la..bhaya, bahaya