As'salam
Motosikal Harley Davidson milik lelaki Jepun, yang ditemui di sebuah pulau
di kanada, selepas ia dihanyutkan tsunami sejauh 6,400 km Mac tahun lalu
kini dibersihkan dan dibaik pulih di sebuah kedai di sini sebelum ianya diserahkan
kembali kepada pemiliknya.
Pada 18 April lalu seorang penduduk Pulau Graham, kanada, telah menemui motosikal itu
terdampar di kawasan pantai. setelah dikesan melalui nombor pendaftaran motosikal itu,
ternyata ia adalah milik IkuoYokoyama, salah seorang mangsa tsunami
Ia dihantar dengan menggunakan trak ke kedai Harley Davidson milik Steve Drane untuk
dibersihkan secara percuma sebelum dihantar pulang ke Jepun.
dibersihkan secara percuma sebelum dihantar pulang ke Jepun.
Pihak Harley-Davidson Jepun membiayai kos membersihkan dan membaik pulih motosikal itu.
lagi berita berkaitan: motosikal harley davidson dibawa arus tsunami sejauh 6,400km ditemui
Sumber: Sinar Harian
2 ulasan:
untunglah beliau... :)
rezeki dai hehe
Catat Ulasan