As'salam
HTTP adalah singkatan dari perkataan Hyper Text Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).
Jadi apa peranan huruf 'S' yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?
S adalah singkatan daripada Secure. Jika korang mengunjungi sesebuah laman Web , cuba lihat alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.
Ini bererti bahawa website ini berbicara dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat!
Dengan kata lain, kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer korang semasa perbualan dengan website.
sebagai contoh: jika korang mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang korang hantar ke laman tersebut. Jadi korang tidak digalakkan untuk memasukkan nombor kad kredit/akaun atau apa-apa maklumat sulit korang di laman http!
Tetapi, jika alamat web bermula dengan https://, ini bermakna komputer korang sedang 'berbicara' di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat korang.
Jadi korang faham kan kenapa HTTP dan HTTPS ini begitu penting?
Nasihat gua..,
Jika sesebuah laman web meminta korang untuk memasukkan maklumat kad kredit atau akaun korang,ada baiknya korang periksa dahulu samada alamat web itu bermula dengan https:// atau sebaliknya
Harap korang kongsi-kongsikan artikel ini..copy paste pun takpe..
Sharing is caring ")
Sumber & Artikel asal :http://www.nescafeais.com/
2 ulasan:
hei hang jebat :)
tq kongsi psl ni...
sama2 mawar :)
Catat Ulasan