As'salam..
Misaki Murakami,16,(gambar) salah seorang mangsa Tsunami yang melanda jepun mac tahun lalu
akan 'bertemu' kembali dengan bola sepak kesayangannya selepas kehilangannya akibat dibawa arus tsunami.
Bola itu ditemui di sebuah pulau di perairan Alaska, 112 kilometer dari tanah besar
oleh David Baxter, seorang warga Amerika Syarikat.
Menurut Baxter, beliau menemui bola itu ketika bersiar-siar di kawasan pantai Middleton Island
lalu membawanya pulang dan menunjukkan kepada isterinya yang juga seorang rakyat jepun.
dan menterjemah tulisan yang terdapat pada bola itu kepadanya.
Sementara itu, murakami berkata, dia gembira kerana bola itu memang miliknya berdasarkan tulisan pada bola itu yang tertulis namanya sebagai hadiah daripada rakannya tujuh tahun yang lalu.
"Saya sangat gembira memandangkan saya tidak menemui apa-apa barang milik saya sehingga sekarang," katanya kepada stesen TBS semalam.
2 ulasan:
siap sedia tulis nama kt brg2 from now..hehe
haha..btl gak kan?
Catat Ulasan