followers

busuk.org

Jumaat, 27 April 2012

Tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km

As'salam


Dua pelancong Britain diperbodoh-bodohkan seorang pemandu teksi

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan semalam.

J. Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.

Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan Hotel Dorsett Regency di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas setelah membawa pelancong berkenaan dari KLCC.


Sumber: Kosmo

p/s cemarkan nama negara jer orang mcm ni....aduyai


5 ulasan:

MrS_v4ddS berkata...

eyy, buat malu betol laa kn..

Unknown berkata...

tu la pasal farah..buat malu jer

KHai berkata...

Mencemarkan imej pemandu teksi yang lain sahaja... Sampai sekarang saya kurang yakin nak naik teksi di sebabkan harga tambang yang tak masuk akal kecuali terpaksa... :)

Jom singgah sebentar ke blog saya...KLik Sini

y.Ho berkata...

yup, tadi ada tengok surat khabar. memang kena sue ini.. bagilah pengajaran kepada pemandu lain. di malaysia ini, memang taxi driver suka tipu. dulu duduk taxi 5 minit saja dah nak charge RM10

http://www.bananmylove.blogspot.com

Unknown berkata...

sy pun pnh kene gak..time tu nek teksi ke sogo... yai.. kene rm 18..
pdhl x spi pun 1km