followers

busuk.org

Isnin, 30 April 2012

seluruh sabah blackout!!

As'salam..

huhu...panas..panas.... ape yang panas?
hahaha ni bukan cerita pasal bersih 3.0.. ni cerita pasal penduduk negeri sabah yang kepanasan sejak pkl 3 pagi
tadi. Tetiba plak blackout..ingatkan kat tempat gua je hal ni berlaku...bila gua buka fb, semua post pasal ketiadaan bekalan elektrik di sabah dan labuan. ni nasib baiklah bateri laptop masih ada, ini pun dah nyawa2 ikan da... apa ke jadah semua ni? selama ni tak pernah pun berlaku hal sedemikian.. wei SESB..apa hal?
sampai bila ni? dan sampai bila kitorang berteka-teki? sekurang-kurangnya korang kenalah ada tanggungjawab
bagitahu pasal masalah ni..press kan ada..haiyooo... ini satu kelemahan yang amat ketara sekali..sepatutnya benda ni dihebahkan....tak la kita macam tunggul!!! bertanggungjawablah sket SESB oiiii........

updated
baru dapat jawapan..


KOTA KINABALU – Hampir seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terputus bekalan elektrik bermula kira-kira pukul 3.23 pagi tadi.

Siasatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mendapati salah satu pepasangan 66kV (Capacitive Voltage Transformer) (CVT) di pencawang masuk utama Penampang, dekat sini mengalami kerosakan.

Menurut Pengurus Besar Kanan SESB, Ahmad Fuad Md Kasim, lebih 400,000 pengguna terputus bekalan elektrik ekoran kejadian itu.

Kejadian itu turut mengakibatkan banyak stesen-stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terpelantik dan memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Fuad berkata, bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada pukul 6.40 pagi.

Katanya punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan. – BERNAMA

-Kosmo

p/s ada jugak yang masuk keja dengan pakaian x bgosok hahaha

2 ulasan:

MISS Z BERCELOTEH berkata...

miss z pun sama ngan Jebat,ingatkan kat empat miss z..rupany byk tmpat ea..tp sekarang sykur dah ada elektrik dah..

Unknown berkata...

alhamdulillah :)