followers

busuk.org

Ahad, 1 April 2012

KL Bergelap Sokong Kempen Earth Hour 2012

As'salam


Kuala Lumpur bergelap malam tadi selama sejam untuk menyokong kempen Earth Hour 2012.
Malah kempen kesedaran ini turut disertai bandar-bandar utama di seluruh Malaysia.
kempen bermula pada pukul 8:30 malam dan berakhir 9:30 malam bertujuan untuk menanamkan semangat kepada penduduk di seluruh dunia termasuk (malaysia) untuk melakukan satu tindakan proaktif dalam menangani isu pemanasan global.

Earth Hour merupakan satu acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam menangani masalah pemanasan global. Ia diadakan pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun bagi menggalakkan orang ramai memadamkan lampu yang tidak diperlukan untuk tempoh satu jam bagi meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim.

Sumber: Kosmo

2 ulasan:

Nur-Azam Shahdan berkata...

begelap for an hour is one thing, tapi mesej yang dia nak sampaikan tu lagi penting, jangan bazir energy! :D

latest: http://ajamoppical.blogspot.com/2012/03/fan-page-celebration-giveaway.html

mastikus berkata...

bestnye~ nampak tenang jE!