Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.
Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.
"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.
"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.
Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.
Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.
"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.
Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.
Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."
"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.
-Sinar Harian
21 ulasan:
mudah mudahan kita dijauhkan dengan niat2 macam ni. :(
setuju dengan sherly. maybe banyak sangat masalah yang tak tertanggung. takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!
mcm ni la kalau dah tak ingat tuhan...hhmmmmm
kot ya pun ada msalah..cbalah selesaikn..setiap masalah yg dtg dlm hdup kta ialah ujian yg Allah berikan,dan setiap ujian itu adalh ujian yg umatnya mmpu atasi...
@rahsiasocialbookmarking yea yea! takziah jugak~ hurmm
@mohd billy menakutkan laa. saya bakal2 jd studnt U xlma lgi. ggrrr. tamau macam ni. hurmmm.. jadi pengajaran ni~
Sherly..apa yg nak dtkt kan dik?
yg penting hati kena ikhlas blajar..jgn fikir soal lain.. :)
ngee~ betul betul betul ! mudah mudahan dipermudahkanNya :)
kenapa la ambil jalan mudah mcm 2...
kesisnya... takziah..
Amin.. :)
Amin :))
sentap jgk dgr berita ni..tak sangka btl...
ha? terkejut bila dengan student upsi bunuh diri. assignment byk sangat kot tu yg tertekan.
mungkin ada sebab lain...
Innalillah..
Bila manusia biarkan emosi menguasai akal bkn akal yg waras mengawal emosi..mudah ja amik jln dgn bunuh diri..seberat manapun masalah,kita sbg umat Nabi Muhammad kembali la berpandukan Al-Quran..Sama2 jadikan pengajaran..~Sedey btl tgk sorg lg muslimah korbankan diri cniri~...
menakutkan berita spt ini...
bila menghdpi tekanan perasaan..fikiran beku...mungkin, teman2 sekeliling adalah org terbaik dlm penyelesaian ini..tp..dh terlambat...
kadang2 tekanan perasaan yang melampau berserta dengan suasana yang kurang sihat boleh membuatkan seseorang itu mengambl tindakan drastik sebegitu... :)
kadang2 tekanan perasaan yang melampau berserta dengan suasana yang kurang sihat boleh membuatkan seseorang itu mengambl tindakan drastik sebegitu... :)
sblom tu report ckp dia dh cedera sblom trjun bgnn kn..mybe dia yg cederakan diri dia @ ade org yg mncederakan dia..wallahualam..kita hanya mampu mendoakan kesejahteraan dia..amin..:)
sama2 kita sedekahkan al-fatihah..
Al-Fatihah
Catat Ulasan