followers

busuk.org

Sabtu, 21 April 2012

Berita kematian Bob Kuman palsu!








Berita Kematian pelakon dan pelawak Bob Kuman telah tersebar luas. sesuatu yang mengejutkan kita semua. Namun setelah disahkan kesahihan cerita itu ternyata ia cuma khabar angin dan berita palsu. siapa yang menyebarkan berita ini gua tak tahu..

Petikan Berita Harian

KUALA LUMPUR: Khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang disebarkan melalui beberapa laman sosial hari ini disahkan palsu.

Rakan baiknya, Mohd Razali Harun, 39, berkata Bob Kuman masih sihat dan kini berada di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.
"Saya amat kesal dengan penyebaran khabar angin seperti ini dan sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada Bob.
"Saya berada di sisi beliau ketika mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut dan ingin saya jelaskan di sini bahawa Bob sihat walaupun dibantu alat pernafasan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau oleh pembantu perubatan di rumahnya.

Seorang rakan artis, Richie Rachman ketika dihubungi berkata, perbuatan menyebarkan berita palsu seperti ini adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.

"Soal hidup dan mati memang tidak boleh dibuat main-main tidak kira sama ada artis ataupun orang biasa dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku," katanya. - BERNAMA


4 ulasan:

Syuk Ry berkata...

die org ni pandai2 wat citer mcm ni.. aish per nk jdy..

Tanpa Nama berkata...

SALAM... NAK MINTAK IZIN TAG NAMA JEBAT JOIN SEGMEN ^_^ http://ahmoysimerah.blogspot.com/2012/04/segmen-menjelajah-blogger-bersama-by.html

Unknown berkata...

btl tu syuk..tak bek dorg buat fitnah mcm ni

Unknown berkata...

mrs.budubilis.. thanks tag..insya allah sy join :)