followers

busuk.org

Selasa, 24 April 2012

Gempar! Meteor Jatuh Di Bumi Amerika



As'salam..


Ini bukan cerita dari filem seperti yang selalu 'disajikan' kepada kita oleh penerbit2
filem Hollywood. tetapi ini adalah kejadian yang benar-banar berlaku.

Penduduk di beberapa kawasan di sekitar Carlifonia dan Nevada, Amerika Syarikat di gemparkan dengan
satu letupan kuat disebabkan  batu meteor yang jatuh, semalam.

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terbabit, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum satu letupan kuat berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi. 

Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.

Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.



Sumber: SH


3 ulasan:

Zam berkata...

nasib la tak jatuh kat kwsn perumahan

Unknown berkata...

tuhan saja bagi amaran kat dorg hehe

Unknown berkata...

kiamat sudah dekat.. mcm2 hal skrang ni.. peringatan utk kita jugak :)