followers

busuk.org

Ahad, 22 April 2012

Dadah biji gajus diseludup di KLIA


As'salam
Pelbagai taktik digunakan oleh penyeludup dan pengedar dadah untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
kali ini ketamin seberat 9.3 kg yang bernilai RM373,480 cuba diseludup ke negara ini dengan menyembunyikannya di dalam biji gajus tiruan tetapi berjaya dikesan Kastam di KLIA.

Ia terbongkar selepas petugas Kastam yang melakukan imbasan terhadap sebuah bagasi pakaian curiga dengan isi kandungan enam paket plastik berisi biji gajus di dalam bagasi itu.

Ketika pemeriksaan pada pukul 8.30 pagi itu, seorang pemuda berusia 23 tahun yang baru tiba dari Chennai, India membawa bagasi tersebut dan ia turut mengandungi bahan makanan lain seperti kacang hijau dan kacang dal.




2 ulasan:

P#eoniX berkata...

dey!!kacang pon jadik....hmmm...

Unknown berkata...

mcm2 taktik aduyai