SIKAP MANUSIA JAHIL
Salam..
Manusia hari ini suka bersangka²! ada sangkaan baik.. ada sangkaan buruk!
Orang yang suka beribadah disangka riak,
Orang yang relax disangka malas,
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina),
Orang yang makan banyak disangka pelahap,
Orang yang makan sikit disangka diet,
Orang yang baik disangka buruk,
Orang yang buruk disangka baik,
Orang yang suka senyum disangka mengejek,
Orang yang masam muka disangka merajuk,
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang yang diam disangka menyendiri (forever alone),
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk,
Orang yang nampak ceria disangka membela,
Ingatlah...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah,
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah,
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya,
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya.
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan