Mengapa Cincin Pernikahan Dipakaikan Di Jari Manis?
Kenapa Cincin pernikahan selalu ada di jari manis?.Kenapa tak di letak kan di jari lain..saya pada mulanya juga terfikir dan menjadi tanda soal dalam fikiran. Tetapi setelah baca suatu artikel, menarik juga untuk dikongsikan. Cuba anda ikuti langkah berikut, anda semua pasti akan takjub, kerana ALLAH benar-benar membuat keajaiban atas penciptaan jari-jari kita.
Cuba ikut langkah ini:
1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah dilekuk ke dalam
2. Kemudian, 4 jari yang lain di pertemukan hujungnya.
3. Permainan dimulakan, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisah.
4. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan maksud yang sebenar, orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga pasti akan meninggalkan kita kelak.
6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita.
7. Seterusnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkahwinan anda, anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan dapat dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. Oleh sebab itu carilah pendamping hidup yang dapat bersama anda selamanya...
Bagi yang perempuan, carilah lelaki yang soleh yang boleh dijadikan Imam keluarga, bagi yang lelaki carilah perempuan yang solehah yang dapat dijadikan bidadari untuk selamanya hingga di syurga.... Solat berjamaah suami-isteri adalah lambang dimana sebuah keluarga akan utuh hingga di syurga-Nya ALLAH kelak..... Amiin... InsyaALLAH.
Kredit: kakcik | maafkan saya kalau terkasar bahasa
4 ulasan:
serius info menarik :)
Sokong org atas...terbaik lah!hihi =)
Memang terbaik artikel ini, sekurang-kurangnya banyak memberi pengetahuan kepada umum.
tengkiu for the info !
Catat Ulasan