followers

busuk.org

Isnin, 5 Mac 2012

6 Petua Mengatasi Masalah Hidup


6 Petua Mengatasi Masalah Hidup

1. Sandarkan Harapan Pada Allah s.w.t

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang antara lain maksudnya “Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan”. ”Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakal.” (At-Taubah: 129)

2. Minta Pertolongan Dari Allah s.w.t.

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)

3. Jangan Sedih dan Kecewa

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Ali-Imran:139) Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya. Firman Allah s.w.t.: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf : 12)

4. Luah masalah pada rakan

Luahkan Masalah anda pada rakan yang boleh dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya dia dapat meringankan beban yang anda tanggung.

5. Berfikiran positif

Sentiasa berfikiran positif. dan bandingkan masalah anda dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita. Perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah. Sesungguhnya, ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

6. Doa, Usaha dan Tawakal

Sentiasa amalkan dalam diri ketiga-tiga elemen ini. Sentiasa berdoa pada Allah s.w.t disamping berusaha untuk meringankan beban,kesusahan atau kekurangan yang ada dan sentiasa bertawakal padaNya.
insya allah akan dipermudahkan segala urusan. 


1 ulasan:

fyna berkata...

fyna nak share entri nih ye.