followers

busuk.org

Jumaat, 10 Februari 2012

Kreatif | Motosikal Dari Bahan Buangan


Salam

Siapa kata bahan buangan seperti besi buruk,tin kosong,enjin mesin rumput yang telah rosak atau sebagainya
sudah tidak berguna lagi?? ini dibuktikan oleh seorang mekanik, Rohazman Affendi Abdul Rahim
apabila memanfaatkan barang-barang buangan seperti itu dengan membina sebuah motosikal mini.

Motosikal mini unik ciptaan Rohazman, 46, itu kini menarik perhatian sehingga ada yang sanggup menempah motosikal berkenaan yang berharga antara RM800 hingga RM1,000 sebuah.

Mekanik motosikal dengan pengalaman lebih 15 tahun itu mendapat ilham mencipta motosikal mini berkenaan lima tahun lalu "bermodalkan" basikal rosak dan mesin rumput yang tidak boleh dibaiki.
Berikutan kejayaannya membina motosikal mini itu, ada penduduk yang membuat tempahan daripada beliau untuk merasai sendiri kelainan menunggang kenderaan dua roda ciptaannya itu.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

malayasi bolah