followers

busuk.org

Rabu, 1 Februari 2012

Kaabah Paling Ajaib Di Dunia



Assalamualaikum..

Kaabah adalah keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya tetapi tidak pernah disenaraikan oleh sarjana Barat.
ia adalah rumah pertama dibina diatas muka bumi ini oleh Nabi Adam dan memiliki keajaiban tertinggi berbanding Tembok Besar, Taman Tergantung Babylon, Pyramid Giza, Taj Mahal, Candi Borobodur, Angkor Watt dan Menara Condong Pisa.

Perkara itu dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran dan diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa
Nabi Adam mengerjakan tawaf dikeliling Kaabah sebanyak 40 kali.
Kaabah dibina semula 11 kali dan di antara pembinanya ialah Nabi Ibrahim, kaum Amaliqah,Qusai ibnu qilab,Abd Muttalib Ibnu Hasyim dan beberapa lagi.

Kaabah yang dilanda banjir besar pada 605 Masihi dibina oleh empat ketua kaum Quraisy bersama
Nabi Muhammad S.A.W yang meletakkan batu Hajarul Aswad, lima tahun sebelum baginda dilantik menjadi Rasul.

Seterusnya rumah Allah itu juga pernah dibina seorang sahabat, Abdullah Ibnu Zubair pada 64 hijrah,Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi (74 hijrah) dan Sultan Murad Khan pada 1040 hijrah.

Di zaman Nabi Ibrahim dan anaknya, ismail. reka bentuk kaabah berukuran 48.6 kaki bagi dinding timur.
dinding barat (46.5 kaki), dinding Hatim(33 kaki) dan dinding antara Hajarul Aswad dan sudutYamani adalah 30 kaki.
Rumah suci itu mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat islam di dunia sujud kepada Allah setiap saat ketika Islam berkembang di zaman rasulullah.

Batu Hajarul Aswad yang dibawa dari syurga berada di dalam lindungan kaabah sehingga ke hari ini. Pada asalnya batu syurga itu berwarna putih tetapi kini bertukar ke warna hitam.

Kaabah juga dibina dengan 'pakej ajaib' dengan dilengkapi sebuah telaga Zam-Zam yang tidak pernah kering sejak dibina di zaman Nabi Ibrahim dan Ismail.
Air telaga itu juga dijadikan penyembuh pelbagai jenis penyakit kronik.

Memakmurkan rumah Allah, puluhan juta umat islam akan berkumpul mengelilingi kaabah bagi menunaikan rukun kelima,

Sumber:

5 ulasan:

fariQuE berkata...

SubhanALLAH .

kartikel.com berkata...

bila la dapat pergi Mekah ni..

Unknown berkata...

insya Allah bro..pintu rezeki sentiasa terbuka

eva berkata...

rindu nak kesana lagi.. ;'(

Unknown berkata...

syukurlah awk dah pnh pegi..doakan sy plak ye :)