Assalamualaikum...
Setiap manusia ingin memiliki kebahagiaan, tak kira usia,pangkat,darjat,miskin atau kaya, semuanya ada keinginan untuk hidup bahagia..akan tetapi, bagaimana untuk meraih kebahagiaan itu?
Disini gua ingin kongsikan sepuluh kaedah terbaik bagaimana untuk meraih kebahagiaan.
- cintai kerja anda. jangan merasakan diri 'terpaksa' dalam melakukan sesuatu pekerjaan. ingat, kerja itu ibadah. :)
- Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan.iaitu dengan menjaga pemakanan, selalu bersenam dan meninggalkan tabiat buruk (sekiranya ada) yang hanya merugikan.
- Harus memiliki tujuan atau 'target' dalam hidup. kerana itu yang akan membuat anda bersemangat.
- Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit dengan hati yang lapang atau dalam pengertian lain, sentiasa bersyukur.
- Jangan menyesali sesuatu hal yang sudah berlalu. sebaliknya jadikan ia sebagai pengajaran berguna untuk tidak lagi melakukan kesilapan yang sama.-hadapi dengan senyuman
- Hendaklah selalu berfikir (dalam soal kerja) sebelum mengambil keputusan. jangan menyalahkan orang lain atas kegagalan yang berpunca dari keputusan yang anda ambil.
- Sentiasa ambil berat orang yang berada disekeliling anda tetapi jangan sampai menjaga tepi kain orang.
- Murah dengan senyuman dan tidak sombong.
- Bantulah orang yang menghadapi kesusahan. walau bukan dengan wang ringgit tetapi memadailah dengan kata-kata semangat.
- Dekatkan diri pada tuhan dengan mengikuti segala suruhanNya insya Allah anda akan bahagia.
2 ulasan:
NO 10 PLING BERKESAN RASANYE.. HEHEHE :D
semestinya.. :)
Catat Ulasan