followers

busuk.org

Ahad, 15 Januari 2012

Prob Phobos-Grunt Akan Terhempas Hari Ini

Lakaran Artis

Salam...
Sebuah kapal angkasa Prob Phobos-Grunt dijangka akan terhempas ke bumi hari ini

Kapal angkasa seberat 14.5 tan milik Russia itu dikatakan gagal berfungsi sejak ia dilancarkan pada 8 Jan lalu. yang kemudiannya mengelilingi bumi dalam keadaan semakin rendah dari hari ke hari.
dijangkakan 20 hingga 30 serpihan dengan berat maksimum 400kg akan terhempas ke bumi
sementara sebahagian darinya akan terbakar ketika memasuki atmosfera bumi.

pegawai-pegawai dari Agensi Angkasa Russia dipetik berkata yang prob itu akan memasuki atmosfera panas bumi pada hari ini.
“Serpihan Phobos-Grunt dijangka akan jatuh pada 15 Januari 2012. Tarikh sebenar mungkin berubah disebabkan faktor-faktor luaran,” kata Alexei Zolotukhin, jurucakap pasukan tentera angkasa Rusia kepada agensi berita Rusia.

Bagaimanapun lokasi serpihan-serpihan kapal itu terhempas masih belum dapat dipastikan lagi.

Sumber:
p/s semoga jatuh kat bumi yahudi

2 ulasan:

normi nieza berkata...

agak2 serpihan tu sampai malaysia tak?hehe

Mohd Billy berkata...

mungkin tidak normi..insya Allah :)