followers

busuk.org

Rabu, 18 Januari 2012

Ketua Geng 08 Tumpas Ditangan Polis


Ketua geng 08 maut selepas berbalas tembakan dengan Polis Paya Terubung, Georgetown awal hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC II Zahruddin Abdullah. 
Polis berjaya mengesan suspek berusia 52 tahun itu menerusi maklumat awam dan juga risikan.

Ketika itu, lelaki terbabit sedang memandu di Jalan Kampung Melayu di sini pada jam 2.30 pagi, katanya.
Beliau berkata, polis mengikuti lelaki berkenaan dan sebaik tiba di lampu isyarat kawasan perumahan flat Green Garden, dia memecut kenderaannya ke arah Jalan Paya Terubong apabila menyedari sedang diintip.

Semasa kejadian kejar mengejar, suspek berkenaan bertindak nekad merempuh kenderaan polis yang sedang mengejarnya itu lalu turun dan lari masuk ke kawasan semak berhampiran dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis. Namun "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga" selepas berbalas tembakan dengan polis akhirnya lelaki itu jatuh tersungkur selepas terkena tembakan di badan lalu mati di tempat kejadian. -

Sumber: Berita

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erm...yg psti kn de g pgnti dlntk diorg ....

Unknown berkata...

patah tumbuh hilang berganti bro..