Ibu, Seorang wanita yang dinikahi oleh ayah kita, kemudian hamil dan melahirkan kita ke dunia,. Menyekolahkan dan mendidik kita hingga menjadi seorang insan yang berguna.
bekerja keras setiap hari, menyiapkan makan minum, menyuapkan kita ketika masih kecil hingga kita boleh untuk melakukan semua perkara dengan sendiri. Berdoa siang malam, hanya untuk anaknya.
mulianya hati seorang ibu.
Begitu besar pengorbanan seorang ibu, apakah kita dapat membalasnya. Fikirkanlah apakah kita boleh dan mampu untuk membalas pengorbanan itu. seorang ibu selalu berpesan pada anaknya,
"rajin-rajin belajar ya nak..besar nanti boleh jaga ibu"
begitulah pesan ibu kepada kita..
Namun masih ramai anak-anak zaman sekarang masih terleka tanpa ada usaha untuk meraih kejayaan, tanpa ada keinginan untuk membalas jasa kedua orang tua terutamanya ibu yang menyusukan kita dikala kita masih belum mengenal dunia. dan hanya mengharap sepenuhnya kepada mereka.

Bayangkanlah bagaimana bila ibu kita telah tiada, segalanya akan berubah, tiada lagi tempat bermanja dan mengadu dikala duka. ketika ibu yang selama ini ada di sisi kita, memberikan sokongan dan harapan kepada kita, memberikan kata-kata semangat ketika kita berada dalam kesedihan, mendoakan setiap langkah yang kita ambil, telah tiada dan takkan kembali lagi. waktu itu barulah akan wujud rasa penyesalan, kerana jasa ibu tidak terbalas. kita hanya mampu menangisi kehilangannya, Namun semua itu sudah tidak berguna lagi.
Fikirkanlah dan sematkanlah ke dalam jiwa, sementara hayat ibu ada di dunia,ambillah kesempatan itu untuk kita melakukan yang terbaik dalam hidup kita. walau ibu tidak pernah meminta budinya dibalas, namun ibu tetap ada satu keinginan dan tuntutan terhadap anaknya. iaitu ingin melihat anaknya berjaya.
p/s terus terang gua menangis ketika menulis artikel ini
Fikirkanlah dan sematkanlah ke dalam jiwa, sementara hayat ibu ada di dunia,ambillah kesempatan itu untuk kita melakukan yang terbaik dalam hidup kita. walau ibu tidak pernah meminta budinya dibalas, namun ibu tetap ada satu keinginan dan tuntutan terhadap anaknya. iaitu ingin melihat anaknya berjaya.
dan ingatlah "Kasih Ibu Membawa Ke Syurga".
-Bicara Seorang Anak Tunggal.
12 ulasan:
Terigt mak kat kg..:)
nanti normi jenguk2la mak ye..spikan salam sy :)
mak kita sangat penyabar.huhuhu eh widget brung ni ganggu org nak bace entry, jentek sket, hehe
ingat lagi waktu kecik-kecik, mak yang tuam kepala bila waktu demam, sob sob.. tak sabar nak balik kg, huhu..
cuti thn bru cina nnt wanni blhla blk hehe..
sebagai seorang anak, kita punya tanggungjawab terhadap ibu bapa, mereka selalu mengharapkan yang terbaik buat kita...yang mereka mahu melihat kita berjaya dan menjadi anak yang soleh..
betul tu yatie..setuju sangat
sedihnya lagu.... sb..sob... nak balikkg la
hehe.. mmg payah buat entri ni..taip sambil nanges
aduhai..
nak menangis pulak baca ni..
hhuhu..
sedihnya....
mak.. huhhu
sabo2 hehe
yakn?? hehehehe..ibu!!!
Catat Ulasan