followers

busuk.org

Isnin, 2 Januari 2012

Hantu kak limah dijerat dalam botol


Assalamualaikum...

Baru-baru ni gua ada kongsikan disini pasal story hantu kak limah muncul di marang.
Kali ni gua nak kongsi lagi susulan cite mengenai hantu kak limah itu yang khabarnya
berjaya dijerat ke dalam botol..ikuti kisah ini..

Misteri gangguan makhluk halus yang menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara Islam tampil membantu.

Proses pemulihan yang dilakukan Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, bermula di rumah pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah Syaawal Mazlan di Kampung Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan bermulanya kehadiran makhluk menyerupai hantu Kak Limah itu. 

Semasa proses pemulihan itu dijalankan,beberapa kejadian pelik telah menimpa ahli keluarga tersebut.
seorang demi seorang daripada mereka dipercayai dirasuk oleh hantu kak limah. Dikatakan juga makhluk itu telah menjelmakan dirinya apabila salah seorang daripada ahli keluarga itu terpandang makhluk berambut panjang sedang duduk di alang rumah.

Bagaimanapun,
Bacaan ayat al-Quran selain azan daripada ustaz nor hasrul akhirnya berjaya menangkap makhluk yang dipercayai Jin kafir itu dan memasukkannya ke dalam botol lalu dimatikan melalui sembelihan secara batin oleh beliau.

klik sini

2 ulasan:

Mr.PiNGu berkata...

ingatkan kaka limah ni dalam filem je wujudnya hehe

Unknown berkata...

haha tu la pasal..tak sangka plak kan?hehe..