followers

busuk.org

Ahad, 25 Disember 2011

Gempar! hantu kak limah muncul di marang

Mohd Syawal menunjukkan imej wanita tua yang dirakam itu
MARANG- Lima sekeluarga di kampung Temiang,Pengkalan Berangan, Tertekan kerana ketakutan apabila sering diganggu oleh lembaga wanita berambut panjang persis 'hantu kak limah', watak dalam sebuah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelmakan dirinya dan merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ.
malah kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang anggota keluarga itu melalui telefon bimbitnya.
Ketua keluarga, Mazlan Ali 55, mendakwa lembaga itu berpakaian batik lusuh dan berambut panjang mencecah paras pinggang sering menganggu rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh,sebelum menghilangkan diri.

KAK LIMAH MEMINTA TOLONG

Menurutnya, Kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya yang tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.
“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.
“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.
Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Manakala seorang Imam di kampung itu, Imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan keluarga itu supaya mengadakan solat hajat bersama penduduk di kampung itu dan mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran bagi mengelakkan gangguan itu berlaku.

Sumber: Sinar Harian
p/s tak sangka antu kak limah jadi kenyataan...hmm dunia..dunia...

1 ulasan:

MBR berkata...

Haha ... kak limah sesat tuu sbb tuu die mintak tolong :)